KUALA LUMPUR: Pemegang saham terbesar IJM Corporation Bhd., Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didakwa menolak tawaran Sunway Bhd. untuk mengambil alih kepentingannya dalam kumpulan pembinaan dan hartanah itu, menurut sumber. Sumber yang mengetahui perkara itu berkata, KWSP buat masa ini tidak berhasrat menerima tawaran berkenaan, meskipun tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat. “Kami tidak mempunyai sebarang kenyataan rasmi, tetapi kami boleh mengesahkan bahawa KWSP telah memutuskan untuk menolak tawaran oleh Sunway,”…










