Imperial Lexis KL tawar lebih 100 sajian sempena Ramadan

Imperial Lexis KL tawar lebih 100 sajian sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Imperial Lexis Kuala Lumpur memperkenalkan promosi bufet Ramadan bertemakan “Menjamu Selera Di Dapur Imperial” bermula 25 Februari lalu hingga 12 Mac 2026 bertempat di Roselle Coffee House.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah hotel tersebut untuk mengukuhkan jenamanya dengan mempertaruhkan lebih 100 jenis hidangan yang menggabungkan cita rasa warisan Malaysia, spesialisasi serantau, dan antarabangsa.

Menurut pihak Imperial Lexis, sasaran audiens bagi bufet kali ini adalah menyeluruh merangkumi individu, pelanggan korporat dan keluarga. 

“Walaupun tiada sasaran angka tertentu diletakkan, pihak kami optimis memandangkan rekod bufet hotel ini yang selalunya mendapat sambutan yang amat baik daripada pengunjung,” katanya kepada media baru-baru ini.

Bagi memastikan tawaran harga yang kompetitif seiring dengan kualiti hidangan, bufet ini diletakkan pada harga RM238 bersih bagi dewasa, RM168 bersih bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan RM128 bersih bagi kanak-kanak (7 hingga 12 tahun).

Namun, sebagai strategi untuk merangsang tempahan awal dan aliran tunai, pihak pengurusan Imperial Lexis menawarkan insentif ekonomi berupa diskaun ‘Early Bird’ sebanyak 20 peratus.

Tawaran ini sah sehingga 1 Februari 2026 lalu dengan syarat pembayaran penuh dibuat lebih awal.

Selain itu, bagi menggalakkan tempahan berkumpulan yang sering menjadi trend korporat dan keluarga besar ketika ramadan, diskaun 20 peratus turut diberikan kepada pemegang kad kredit terpilih dengan tempahan minimum empat orang dewasa.

Dalam pada itu, faktor utama yang membezakan bufet ini adalah kepelbagaian stesen makanan secara langsung (live stations) dan penggunaan bahan mentah berkualiti tinggi. 

Antara menu utama yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung termasuklah seleksi makanan laut segar di atas ais (Seafood on Ice) seperti udang kara bayi (baby lobsters), tiram dan ketam bunga.

Tidak ketinggalan, kaunter Sashimi dan Sushi segar yang menampilkan ikan salmon, tuna, dan pelbagai jenis maki turut disediakan, memberi nilai tambah kepada harga yang ditawarkan.

Bagi peminat hidangan tempatan dan tradisi, Imperial Lexis mengetengahkan menu beriani kambing panggang di stesen pemotong khas, selain lauk-pauk warisan seperti rendang tok kambing, kuzi kambing, dan ikan tilapia asam pedas.

Menariknya, menu pencuci mulut turut dihidangkan seperti cempedak dan durian goreng, di samping pelbagai kuih nyonya dan air pancut coklat.

Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak hotel melalui e-mel di [email protected] atau aplikasi WhatsApp di talian +6010 784 0176.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN