KERAJAAN berhasrat melaksanakan pendekatan Fast Track (jalur pantas) bagi memastikan projek pembangunan awam dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun berbanding kaedah sedia ada yang lazimnya mengambil masa sehingga empat tahun. Pendekatan itu dilihat mampu mempercepat rangsangan ekonomi selain membolehkan rakyat menikmati manfaat peruntukan pembangunan dengan lebih cepat. Bagaimanapun, realiti pelaksanaan projek awam menunjukkan masih terdapat cabaran yang perlu ditangani. Pemantauan terkini Kementerian Kerja Raya (KKR) menunjukkan 855 projek berada dalam…










