Eksport Malaysia melonjak 10.8 peratus

Eksport Malaysia melonjak 10.8 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mencatatkan pertumbuhan eksport yang kukuh sebanyak 10.8 peratus tahun-ke-tahun kepada RM131.0 bilion pada Februari 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah perdagangan negara bagi tempoh tersebut mencecah RM245.2 bilion, dengan nilai import turut meningkat 8.2 peratus kepada RM114.2 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu.

“Peningkatan eksport sebanyak RM12.7 bilion ini dipengaruhi secara signifikan oleh Pulau Pinang yang mencatatkan kenaikan RM21.2 bilion, selain sumbangan positif daripada W.P. Kuala Lumpur (RM198.1 juta) dan Perak (RM108.1 juta).

“Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeksport utama negara dengan sumbangan sebanyak 47.1 peratus, diikuti oleh Johor (17.7 peratus), Selangor (13.8 peratus), Sarawak (5.9 peratus) dan W.P. Kuala Lumpur (3.6 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beberapa negeri merekodkan penurunan nilai eksport termasuk Selangor (RM3.4 bilion), Sarawak (RM1.1 bilion), Melaka (RM928.2 juta) dan Sabah (RM743.7 juta).

Mengulas mengenai prestasi import, Mohd. Uzir berkata, kenaikan RM8.6 bilion itu disumbangkan oleh aktiviti import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri, diketuai oleh Pulau Pinang dengan peningkatan RM9.3 bilion, Kedah (RM1.2 bilion) dan W.P. Kuala Lumpur (RM1.0 bilion).

“Pulau Pinang mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 29.3 peratus, manakala Selangor menyumbang 23.5 peratus, Johor (21.7 peratus), W.P. Kuala Lumpur (8.4 peratus) dan Kedah (5.4 peratus).

“Secara keseluruhan, prestasi perdagangan pada Februari 2026 ini mencerminkan daya tahan ekonomi negeri-negeri utama dalam memacu momentum pertumbuhan nasional melalui sektor pembuatan dan perkhidmatan yang kompetitif,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN