KUALA LUMPUR: Jenama makanan tempatan berkonsepkan masakan tradisional, Cili Kampung Malaysia terus memperkukuh kedudukannya apabila berjaya memperoleh pensijilan halal bagi beberapa cawangannya, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama tersebut. Pengarahnya, Khairul Anwar Abdul Azeez berkata, pensijilan halal bukan sekadar memenuhi keperluan piawaian, sebaliknya menjadi asas penting dalam membina kepercayaan serta memastikan setiap hidangan yang disajikan memenuhi standard yang ditetapkan. Menurut beliau, Cili Kampung yang diasaskan pada 2016 di Langkawi,…










