PETALING JAYA: Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan positif selepas susut lebih 40 mata pada sesi semalam.
Pasaran saham tempatan meningkat 18.43 mata kepada 1,692.60 pada pukul 9.15 pagi, berbanding 1,674.17 pada Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,684.85.
Jumlah dagangan sebanyak 352.14 bilion unit bernilai RM264.10 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 423 berbanding 164 dengan 211 kaunter tidak berubah dan 1,854 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun naik 1,756.99 mata atau 3.33 peratus kepada 54,485.71 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura naik 1.7 peratus kepada 4,837.37 manakala indeks KOSPI Korea Selatan turun 328.65 mata atau 6.26 peratus kepada 5,580.52.-UTUSAN










