Bursa Malaysia jatuh lebih 40 mata di akhir dagangan

Bursa Malaysia jatuh lebih 40 mata di akhir dagangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, selari dengan penurunan di pasaran serantau berikutan kesan geopolitik yang semakin melebar.

Pada pukul 5 petang, pasaran saham tempatan susut 43.89 mata kepada 1,674.17, berbanding 1,718.06 pada Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,699.13.

Jumlah dagangan sebanyak 5.51 bilion unit bernilai RM5.86 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 1,142 berbanding 283 dengan 307 kaunter tidak berubah dan 898 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 2,892.12 mata atau 5.20 peratus kepada 52,728.72 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura turun 2.01 peratus kepada 4,750.96 dan indeks Kospi Korea Selatan jatuh sebanyak 5.96 peratus kepada 5,251.87.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN