PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup rendah namun kembali pada paras 1,700, ketika pedagang bertindak balas terhadap konflik di Asia Barat.
Pada pukul 5 petang, pasaran saham tempatan turun 16.40 mata kepada 1,700.21, berbanding 1,716.61 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka rendah, susut 27.97 mata kepada 1,688.64.
Jumlah dagangan sebanyak 3.90 bilion unit bernilai RM3.911 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 1,040 berbanding 290 dengan 391 kaunter tidak berubah dan 904 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 793.03 mata atau 1.35 peratus kepada 58,057.24, manakala STI Singapura susut 2.32 peratus kepada 116.95 mata ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks KOSPI Korea Selatan turun 63.14 mata atau 1.00 peratus kepada 6,244.13.-UTUSAN











