PETALING JAYA: Projek Terminal Regasifikasi yang ketiga (RGT3) di Lumut, Perak bakal menjadi pemangkin utama kepada nilai Petronas Gas Berhad (PetGas), menurut RHB Research. Oleh itu, firma penyelidikan tersebut mengekalkan saranan ‘neutral’ dengan harga sasaran (TP) sesaham dinaikkan kepada RM19.10 berbanding RM18.90, yang juga mencerminkan potensi kenaikan sekitar 3 peratus. RHB Research berkata, syarikat gas tersebut berkemungkinan besar bakal membangunkan RGT3 sejajar dengan petunjuk oleh pemegang saham utamanya sendiri, Petronas.…










