SHAH ALAM: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) merangka protokol bagi pemeriksaan kenderaan elektrik (EV) dan Transit Rapit Autonomi (ART) sebagai persiapan menghadapi teknologi pengangkutan masa depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, EV bakal menjadi fokus utama pada masa depan Puspakom walaupun ia kini hanya merangkumi kira-kira dua peratus daripada jumlah keseluruhan volum industri (TIV). “Buat masa ini belum ada protokol EV khusus kecuali di China, tetapi Puspakom sudah…










