PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd. merekodkan jualan bulanan tertinggi dalam tempoh 15 tahun dengan sebanyak 19,833 unit kenderaan terjual pada Januari lalu, dipacu permintaan kukuh terhadap model Proton Saga. Pencapaian itu menunjukkan peningkatan 35.3 peratus berbanding Disember tahun sebelumnya serta hampir dua kali ganda berbanding 9,918 unit yang dicatatkan pada Januari tahun lalu. Menurut kenyataannya, prestasi tersebut hadir susulan penutup tahun yang kukuh apabila pertumbuhan jualannya mengatasi pertumbuhan jumlah keseluruhan…










