KUALA LUMPUR: Pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukan sekadar simbol pematuhan syariah, sebaliknya menjadi pemangkin penting kepada peluasan pasaran antarabangsa, khususnya bagi jenama penjagaan kulit dan bayi tempatan, Applecrumby. Applecrumby yang kini memasuki tahun ke-14 operasi membuat keputusan bagi mendapatkan pensijilan halal atas permintaan pasaran global dan bukannya strategi pemasaran semata-mata. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Applecrumby, Sean Tan berkata, keputusan itu tercetus selepas syarikat menerima…










