PETALING JAYA: MISC Berhad (MISC) menerima surat penganugerahan (LOA) daripada Petronas LNG Ltd. (PLL) bagi penyewaan jangka panjang tiga kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) binaan baharu, sekali gus mengukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua entiti dalam rantaian nilai LNG. Dalam makluman di Bursa Malaysia, MISC berkata, di bawah projek tersebut, setiap kapal akan disewakan untuk tempoh tetap selama 20 tahun dengan perkhidmatan dijangka bermula pada 2029. Menurutnya, MISC akan menyediakan…










