PETALING JAYA: RHB Investment Bank Bhd. mengekalkan unjuran minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,250 setan bagi 2026 dan RM4,100 setan bagi 2027, dengan penarafan kekal ‘neutral’ bagi sektor perladangan. Bank pelaburan berkata, antara faktor utama yang boleh mempengaruhi hala tuju harga termasuk potensi gangguan pengeluaran di Indonesia, perubahan dasar biofuel di negara pengeluar utama, risiko cuaca global termasuk kemungkinan El Nino serta kelemahan harga tenaga dan pertumbuhan ekonomi dunia. Kataya,…










