Ariani rancang tembusi pasaran di Asia Barat

Ariani rancang tembusi pasaran di Asia Barat

TENGKU Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (lima dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Datin Seri Farah Haryani (lima dari kanan) pada Warna Lebaran Ariani Fashion Show 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama fesyen Muslimah tempatan, Ariani merancang mengembangkan perniagaannya ke pasaran Asia Barat, susulan permintaan tinggi daripada pelanggan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka sederhana syarikat bagi memperkukuh kehadiran global jenama tersebut.

Menurutnya, permintaan berterusan daripada pelanggan luar negara, khususnya jemaah umrah dan pelancong dari Asia Barat mendorong Ariani untuk meneroka peluang perniagaan di rantau berkenaan.

“Produk Ariani mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelanggan antarabangsa kerana mereka mahukan fesyen Muslimah yang mengikut arus moden, seiring dengan fabrik yang berkualiti tinggi yang ada pada jenama Ariani..

“Kami menerima jemputan untuk membuka cawangan fizikal antaranya di Mekah dan Riyadh, jadi kami dalam perancangan membuka cawangan Ariani di Asia Barat pada hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Warna Lebaran ARIANI 2026, di sini baru-baru ini.

Seiring dengan peluasan pasaran, beliau berkata, pihaknya menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 peratus tahun ini, disokong pelancaran koleksi terbaharu Ariani dan kemunculan sulung koleksi lelaki di bawah jenama Aryan.

Ujarnya, Ariani turut meneruskan peluasan domestik dengan pembukaan cawangan baharu di Suria KLCC, selari dengan strategi memperkukuh pengalaman membeli-belah eksklusif.

“Kita juga meneruskan kolaborasi istimewa tahun kedua dengan Liberty London, gedung fesyen mewah ikonik dari London. 

“Kolaborasi berterusan ini menyaksikan pengenalan 16 cetakan baharu eksklusif LIBERTY X ARIANI, menampilkan pelbagai rekaan potongan tradisional yang mengangkat keindahan warisan budaya Malaysia,” katanya.

Bagi musim Aidilfitri 2026, Ariani memperuntukkan sebanyak 300,000 helai busana raya bagi koleksi Ready-to-Wear (RTW), merangkumi baju kurung, kebaya, kebarung, kaftan dan jubah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN