UOBAM lancar UIS-GCF, tingkat modal jangka panjang

UOBAM lancar UIS-GCF, tingkat modal jangka panjang

LIM SUET LING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UOB Asset Management (Malaysia) Berhad (UOBAM Malaysia) melancarkan United Intelligence Series – Greater China Fund (UIS-GCF).

Strategi dana adalah untuk melabur sekurang-kurangnya 90 peratus daripada Nilai Aset Bersih (NAB) ke dalam United Greater China Fund (dana sasaran), yang diuruskan oleh UOB Asset Management (UOBAM) di Singapura. 

Dana sasaran bertujuan menyediakan peningkatan modal jangka panjang kepada pelabur runcit terutamanya melalui pelaburan dalam syarikat yang mempunyai aset atau pendapatan di dalam sektor budi bicara pengguna, kewangan dan teknologi maklumat.

Ketua Pegawai Eksekutif UOBAM (Malaysia), Lim Suet Ling berkata, dana sasaran memberi tumpuan kepada rantau Greater China yang merangkumi China, Hong Kong SAR dan Taiwan. 

Katanya, ia merupakan pasaran di persimpangan inovasi, penggunaan dan kesalinghubungan global, justeru mewujudkan pelbagai peluang ekuiti untuk pelabur runcit. 

“Dalam persekitaran pasaran yang lebih kompleks dan semakin berkembang, China kekal menumpu pada keutamaan jangka panjang seperti penggunaan domestik, pembangunan teknologi dan peralihannya ke arah peneutralan karbon menjelang 2060. 

“Hong Kong terus berfungsi sebagai pintu masuk kewangan utama, manakala Taiwan pula yang menerajui dalam pembuatan semikonduktor termaju, menyediakan peluang berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan. 

“Secara keseluruhannya, dinamik ini menyokong pendedahan terpilih merentasi sektor budi bicara pengguna, kewangan dan teknologi maklumat,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai tindak balas kepada dinamik di Greater China, UOBAM akan memanfaatkan augmentasi AI hak miliknya untuk meningkatkan analisis data dan penilaian risiko bagi membantu dalam peruntukan aset aktif sambil meluaskan liputan pasaran. 

“Ini membolehkan pengurus portfolio membina portfolio dengan risiko dioptimumkan yang dilengkapi dengan pemilihan sekuriti asas oleh penganalisis berpengalaman,” katanya. 

Bersandarkan proses pelaburan yang berdisiplin, dana ini menawarkan pelabur dengan kaedah yang dipertimbangkan untuk menguasai pertumbuhan dan potensi masa depan Greater China, sambil mengekalkan matlamat pelaburan jangka panjang.

Dana ini ditawarkan dalam dolar AS (AS) sebagai mata wang asasnya dan tersedia dalam tiga kelas, iaitu Kelas Akaun AS, Kelas Akaun Lindung Nilai Ringgit (RM) dan Kelas Akaun Lindung Nilai Renminbi (RMB). 

Jumlah pelaburan minimum ialah AS$1,000 untuk kelas Akaun AS, RM1,000 untuk kelas Akaun Lindung Nilai RM dan 1,000 yuan untuk kelas Akaun Lindung Nilai RMB.

Para pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Helaian Sorotan Produk Dana dan prospektus bertarikh 29 Januari 2026 sebelum melabur.

Dana kini tersedia untuk dilanggan melalui pengedar terpilih. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dana, sila layari www.uobam.com.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN