SEIRING dengan dasar kerajaan yang pro pemilikan rumah melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pembeli kini mempunyai lebih banyak peluang untuk memiliki rumah mampu milik atau harga pertengahan yang strategik. Membeli rumah adalah satu daripada keputusan kewangan paling penting dalam kehidupan seseorang, terutamanya bagi pembeli rumah pertama atau keluarga muda. Namun, kenaikan harga hartanah, kos sara hidup dan isu lokasi masih menjadi cabaran utama yang memerlukan perancangan teliti sebelum membuat keputusan…










