PORT DICKSON: Pensijilan halal yang diterima Klana Beach Resort Port Dickson sejak hampir 14 tahun lalu memberi nilai tambah ekonomi apabila menjadi pemangkin utama kepada peningkatan jualan hotel serta pertumbuhan berterusan segmen makanan dan minuman (F&B). Pemangku Pengurus Hotel, Saliza Salleh berkata, hotel ini memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula 1 April 2012 dan konsisten mematuhi piawaian halal yang ditetapkan termasuk pembaharuan sijil setiap dua tahun.…










