PETALING JAYA: SHM Shipcare Sdn. Bhd. (SHM Shipcare) memberikan pendedahan langsung mengenai produk Life-Saving Appliances (LSA), latihan teknikal raft penyelamat serta gambaran menyeluruh tentang operasi dan fasiliti dalam lawatan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di cawangan Kemaman mereka baru-baru ini. Pengarah Eksekutif SHM Shipcare, Datuk Huzefa Zainuddin berkata, sepanjang lawatan itu peserta dibawa melawat fasiliti pengeluaran dan servis cawangan, termasuk demonstrasi penyelenggaraan liferaft dan pengendalian peralatan keselamatan laut. “Program ini…










