KUALA LUMPUR: Semico Capital Bhd. (Semico) mencatatkan permulaan cemerlang pada penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia semalam apabila dibuka pada harga 45 sen, melonjak 80 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 25 sen. Saham pembekal mainan, barangan koleksi dan mesin arked itu mencecah paras tertinggi 46 sen setakat pukul 9.03 pagi, menjadikannya antara kaunter paling aktif dengan kira-kira 39.6 juta saham bertukar tangan. Prestasi kukuh bagi penyenaraian pertama…










