PETALING JAYA: Ringgit dilihat sukar untuk mengukuh ke paras bawah RM3 berbanding dolar Singapura berikutan perbezaan struktur ekonomi dan kekuatan asas kewangan antara kedua-dua negara, khususnya dari segi rizab asing dan penarafan kredit. Semalam, mata wang tempatan dibuka tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.1045/1072 berbanding 3.1045/1112 pada Rabu, sebelum ditutup pada 3.1078/1143 pada pukul 5 petang. Bagi perbandingan dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pula, ringgit dibuka pada 3.9150/9200 berbanding 3.9160/9220…










