PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pengendali perkhidmatan Rapid KL dan Rapid Penang, mencatatkan kejayaan operasi sempena ambang Tahun Baharu 2026 apabila lebih 1.54 juta perjalanan penumpang rel dan bas direkodkan pada 31 Disember 2025, peningkatan sebanyak 0.76 peratus berbanding tahun sebelumnya, menjadikan pencapaian tertinggi dalam sejarah penubuhan Prasarana. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan berkata kecekapan koordinasi dan pengurusan kawalan orang ramai yang digerakkan oleh kira-kira …










