PETALING JAYA: Jenama fesyen tempatan, PETRA, menyasarkan 20 peratus peningkatan jualan bagi musim lebaran 2026, seiring usaha memperluaskan kerjasama di peringkat serantau termasuk Jakarta dan Brunei. Pengarah Kreatif PETRA Design Haus, Ammar Hazwan berkata, sasaran itu disokong pelancaran awal koleksi, pertambahan rekaan serta peningkatan kapasiti pengeluaran tahunan yang secara konsisten mencatatkan pertumbuhan minimum 20 peratus setiap musim perayaan. “Setiap tahun kami meningkatkan pengeluaran sekurang-kurangnya 20 peratus. “Tahun ini permintaan dijangka…










