OSK Property memperkukuh komitmennya dalam pembangunan perbandaran mampan menerusi projek AYRA dan SIERRA di OSK Yarra Park, sebuah pembangunan kediaman bertanah pegangan bebas berkonsep hijau dan gaya hidup sihat yang terletak di Sungai Petani, Kedah. AYRA dibangunkan di atas tanah seluas 7.16 hektar dan menawarkan 239 unit rumah teres dua tingkat dengan harga jualan bermula daripada RM444,600 serta mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan berjumlah RM115.68 juta. Sementara itu, SIERRA…










