Krisis di Venezuela beri impak terhad kepada asas minyak global - Utusan Malaysia

Krisis di Venezuela beri impak terhad kepada asas minyak global

PENUNJUK perasaan berkumpul di hadapan Rumah Putih, Washington, Amerika Syarikat (AS) semalam selepas Presiden AS, Donald Trump mengesahkan tentera negara itu melakukan serangan berskala besar di Caracas yang mengakibatkan penangkapan pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkembangan di Amerika Selatan susulan serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas Venezuela dan penahanan Presidennya, Nicolas Maduro dijangka memberi impak langsung yang terhad terhadap asas minyak global, menurut Public Investment Bank Bhd.

Bank pelaburan itu berkata, impak jangka pendek terhadap pasaran minyak adalah terhad berdasarkan sekatan yang berpanjangan ke atas sektor kewangan dan minyak Venezuela yang berkuat kuasa sejak 2017, telah mengekang kapasiti pelaburan dan eksport.

“Dalam masa terdekat, harga minyak dijangka mengambil kira sentimen risiko geopolitik yang meningkat buat sementara waktu, terutamanya pada negara-negara yang dianggap mempunyai hubungan rapat dengan Venezuela, seperti Russia dan China.

“Bagaimanapun, kami menjangka impak ini hanya bersifat sementara, dengan tumpuan pasaran dijangka kembali kepada penawaran dan permintaan yang dinamik, apabila kesannya kekal kecil,” katanya dalam nota penyelidikan. 

Walaupun Venezuela mempunyai anggaran 303 bilion tong rizab minyak, jumlah terbesar daripada rizab global, pengeluaran minyak mentahnya iaitu kira-kira satu juta tong sehari (bpd) di bawah 10 juta bpd Arab Saudi dan 13.8 juta bpd AS, telah lama berada pada tahap yang rendah.

Selain itu, pengeluaran Venezuela adalah kurang daripada satu peratus daripada bekalan minyak global, dijangka tidak menyebabkan kejutan bekalan.

Oleh itu, bagi Malaysia, bank pelaburan itu tidak melihat sebarang perubahan terhadap andaian pendapatan atau perbelanjaan modal untuk liputan minyak dan gas negara berikutan aktiviti domestik terus didorong terutamanya oleh disiplin perbelanjaan huluan Petronas dan bukannya perkembangan geopolitik luaran.

“Perkembangan di Venezuela dilihat sebagai gangguan sentimen berbanding pemacu asas bagi pengeluar dan penyedia perkhidmatan tempatan,”

“Oleh itu, ia memberikan saranan neutral terhadap sektor minyak dan gas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN