PETALING JAYA: Kebergantungan yang tinggi terhadap subsidi silang mendorong kenaikan harga pasaran, sekali gus menjadikan pemilikan rumah semakin di luar kemampuan rakyat. Melalui subsidi silang, harga rumah yang dibina untuk pasaran terbuka terpaksa dinaikkan bagi menampung kos pembinaan harga rumah mampu milik yang harganya dikawal kerajaan. Pengerusi REHDA Institute, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip, berkata situasi itu menyebabkan isi rumah dalam kategori B40 berdepan kesukaran ketara untuk menembusi pasaran perumahan.…










