Harga emas naik kepada AS$4,615

Harga emas naik kepada AS$4,615

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga emas meningkat hampir kepada paras AS$4,615 (RM18,688) seauns dan dijangka menguji semula paras tertinggi rekod semasa sesi awal Asia pada hari Khamis. 

Menurut laporan FXStreet, logam berharga itu meneruskan kenaikan apabila pedagang beralih kepada aset selamat susulan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi. 

Katanya, pasaran kini bersedia menantikan laporan mingguan Tuntutan Awal Pengangguran Amerika Syarikat (AS), yang akan dikeluarkan lewat hari Khamis.

“Ketegangan di Iran semakin memuncak selepas Presiden AS, Donald Trump, mengancam untuk mengambil tindakan berhubung tindakan keras terhadap penunjuk perasaan, dengan AS memindahkan kakitangan militernya. manakala kerajaan Iran memberi amaran kepada negara-negara jiran supaya tidak membantu sebarang serangan.

“Pada hari Selasa, Trump membatalkan semua pertemuan dengan pegawai Iran dan berjanji kepada para penunjuk perasaan bahawa bantuan sedang dalam perjalanan, tanpa memperincikan maksudnya. 

“Perkembangan sedemikian lazimnya meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat tradisional, apabila pelabur mencari perlindungan daripada risiko peningkatan konflik,” katanya.

Selain itu, kebimbangan terhadap kebebasan Rizab Persekutuan (Fed) turut menyumbang kepada kenaikan harga emas. 

Ahad lalu, Pengerusi Fed, Jerome Powell berkata, Fed telah menerima sepina daripada Jabatan Kehakiman berhubung kenyataan yang dibuatnya kepada Kongres pada musim panas lalu mengenai lebihan kos projek pengubahsuaian bangunan ibu pejabat bank pusat di Washington bernilai AS$2.5 bilion (RM10.12 bilion). 

Powell menyifatkan ancaman tersebut sebagai satu ;dalih’ untuk memberi tekanan kepada bank pusat AS supaya menurunkan kadar faedah.

Bagaimanapun, peningkatan jangkaan bahawa bank pusat AS akan mengekalkan kadar faedah pada paras semasa bagi beberapa bulan akan datang boleh menekan logam berharga yang tidak memberikan pulangan faedah ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN