PETALING JAYA: Bursa Malaysia meneruskan momentum pengukuhan, apabila melepasi 1,700 pada sesi dagangan awal hari ini.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.23 mata kepada 1,702.67 pada pukul 9.26 pagi, berbanding 1,695.44 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,700.74.
Jumlah dagangan sebanyak 481.97 juta unit bernilai RM481.97 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 262 berbanding 234 dengan 348 kaunter tidak berubah dan 1,794 tidak diniagakan.
Sementara itu, STI Singapura naik 19.55 mata atau 0.41 peratus kepada 4,786.33 dan indeks KOSPI Korea Selatan meningkat sebanyak 44.88 mata kepada 4,6669.67 ketika berita ini ditulis.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turut melonjak 1,66.41 mata atau 3.21 peratus kepada 53,605.30. – UTUSAN










