PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 25.60 mata kepada 1,730.89 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,756.49 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,753.31.
Jumlah dagangan sebanyak 3.06 bilion unit bernilai RM3.94 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 372 berbanding 802 dengan 530 kaunter tidak berubah dan 1,015 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, STI Singapura meningkat 19.14 mata atau 0.39 peratus kepada 4,928.48 dan indeks KOSPI Korea Selatan naik 50.44 mata atau 0.98 peratus kepada 5,221.25.
Sementara itu, Nikkei Jepun turut melonjak 16.89 mata atau 0.03 peratus kepada 53,375.60 indeks ketika berita ini ditulis. – UTUSAN










