PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 0.41 mata kepada 1,712.33 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,712.74 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,710.57.
Jumlah dagangan sebanyak 3.08 bilion unit bernilai RM2.74 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 779 berbanding 359 dengan 515 kaunter tidak berubah dan 1,001 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, indeks KOSPI Korea Selatan melonjak 63.92 mata atau 1.32 peratus kepada 4,904.66 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, STI Singapura turun 23.53 mata atau 0.49 peratus kepada 4,825.57 dan Nikkei Jepun susut sebanyak 352.60 mata atau 0.65 peratus kepada 53,583.57 indeks. – UTUSAN










