Bursa Malaysia ditutup negatif

Bursa Malaysia ditutup negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 10.35 mata kepada 1,669.76 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,680.11 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,675.20.

Jumlah dagangan sebanyak RM2.08 bilion unit bernilai RM1.80 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 593 berbanding 447 dengan 501 kaunter tidak berubah dan 1,115 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks KOSPI Korea Selatan meningkat sebanyak 95.46 mata atau 2.27 peratus kepada 4,309.63 dan STI Singapura meningkat sebanyak 13.46 mata atau 0.29 peratus kepada 4,659.67 ketika berita ini ditulis.

Bagaimanapun, Nikkei Jepun menurun sebanyak 187.44 mata atau 0.37 peratus kepada 50,339.48 indeks.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN