PETALING JAYA: Bursa Malaysia dijangka meneruskan pengukukuhan pada minggu ini dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal melepasi paras 1,700 mata, menurut penganalisis. Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mohd. Rizal Palil berkata, sentimen positif lazimnya wujud pada awal tahun apabila pengurus dana mula mengorak langkah bagi meraih keuntungan awal dalam pasaran ekuiti. “Bursa Malaysia berpotensi bergerak dalam julat 1,720 hingga 1,730 mata…










