PETALING JAYA: Bioeconomy Corporation menyasarkan untuk menjana hasil sekurang-kurangnya RM2.2 bilion pada tahun ini menerusi syarikat berstatus BioNexus dan Program Bio-based Accelerator (BBA). Sasaran itu dibuat selepas agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkenaan mencatatkan sumbangan luar biasa berjumlah RM39.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang 20 tahun penubuhannya. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, Bioeconomy Corporation telah memudah cara pelaburan diluluskan…










