Aset rizab rasmi Malaysia AS$125,531.6 bilion pada akhir Disember 2025 - Utusan Malaysia

Aset rizab rasmi Malaysia AS$125,531.6 bilion pada akhir Disember 2025

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$125,531.6 bilion setakat 30 November 2025, manakala aset mata wang asing lain berada pada AS$266.1 juta pada akhir Disember 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$12,142.7 juta. 

“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan bil antara bank BNM dalam mata wang asing. 

“Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$21,229.7 juta pada akhir bulan Disember 2025, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya. 

BNM berkata, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek. 

“Unjuran aliran masuk mata wang asing ini berjumlah USD2,972.8 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang,” katanya. 

BMM berkata, satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$417.0 juta.

“Tiada pinjaman mata wang asing yang terkandung dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain. 

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya.

Butiran terperinci rizab antarabangsa yang disediakan mengikut format Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan maklumat mengenai saiz, komposisi serta kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain.

Menurut BNM, butiran berkenaan turut menyediakan panduan mengenai jangkaan dan potensi aliran masuk serta aliran keluar pertukaran asing Kerajaan Persekutuan dan BNM bagi tempoh 12 bulan akan datang.

“Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir bulan Disember 2025 tetap boleh guna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN