PETALING JAYA: Seramai 64 peratus rakyat Malaysia menjangkakan akan terus bekerja atau telah bekerja melepasi usia persaraan, mencerminkan jurang persaraan yang semakin ketara antara mereka yang bersedia dari segi kewangan dan mereka yang terpaksa bekerja kerana keperluan hidup. Berdasarkan tinjauan serantau terbaharu Sun Life bertajuk Retirement Reimagined: Asia’s Retirement Divide, persaraan di Malaysia kini semakin dibentuk oleh pilihan peribadi bagi sesetengah individu, manakala bagi yang lain ia didorong oleh tekanan…










