Strategi menguruskan kewangan peribadi

Strategi menguruskan kewangan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGURUSAN kewangan peribadi dengan bijak adalah kunci untuk mencapai kestabilan kewangan terutamanya ketika kecemasan, mahupun pada untuk keselesaan pada hari tua.

Simpanan dan belanjawan yang teratur membantu kita menghadapi situasi kecemasan serta merancang masa depan dengan lebih terancang. 

Pada minggu ini, Ringgit berkongsi panduan berkaitan langkah praktikal bagi mengurus wang dengan lebih efektif dan berdisiplin.

Tetapkan matlamat kewangan

Sebelum mula menyimpan, tentukan matlamat kewangan anda dengan jelas, sama ada untuk jangka pendek seperti simpanan kecemasan, jangka sederhana seperti membeli kereta atau rumah atau jangka panjang seperti persaraan. 

Matlamat yang spesifik membantu anda fokus dan memantau pencapaian kewangan dengan lebih mudah.

Oleh itu, anda lebih mudah untuk membahagikan pendapatan untuk setiap sasaran simpanan tersebut.

Buat belanjawan bulanan

Sediakan belanjawan bulanan untuk mengetahui aliran masuk dan keluar wang anda.

Ini seperti hasil pendapatan termasuk gaji, sumber sampingan seperti hasil dari rumah sewa (jika ada) dan aliran keluar seperti perbelanjaan makan dan minum harian.

Bahagikan perbelanjaan kepada keperluan, kehendak dan simpanan atau pelaburan supaya anda dapat mengurus wang dengan lebih berkesan dan mengelak perbelanjaan yang tidak perlu.

Simpan sebelum berbelanja

Pastikan anda membahagikan sebahagian wang untuk simpanan atau pelaburan sebaik sahaja menerima gaji. 

Dengan cara ini, simpanan menjadi keutamaan dan tidak akan tergoda untuk membelanjakan keseluruhan wang gaji terlebih dahulu.

Sediakan dana kecemasan

Sediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan untuk menghadapi situasi tidak dijangka, seperti kehilangan pekerjaan atau perbelanjaan kesihatan mendadak. 

Dana ini memastikan anda tidak perlu berhutang apabila menghadapi masalah kewangan.

Kurangkan hutang dan kawal perbelanjaan

Fokus untuk melangsaikan hutang dengan faedah tinggi terlebih dahulu dan catat setiap perbelanjaan bulanan. 

Pemantauan dalam perbelanjaan dapat mengenal pasti tabiat pembaziran dan membuat penyesuaian supaya wang digunakan dengan lebih bijak.

Pelaburan dan pertumbuhan wang

Selain menyimpan, laburkan sebahagian wang untuk meningkatkan aset dan pertumbuhan kewangan. 

Pilih pelaburan yang sesuai dengan tahap risiko dan matlamat kewangan serta pastikan memahami cara pelaburan tersebut berfungsi sebelum membuat keputusan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN