PETALING JAYA: Kumpulan Sri Ternak, pasar raya borong halal 24 jam akan membuka cawangan terbaharu ST Rosyam Mart pada 17 Disember 2025 di Jakel Square, Kuala Lumpur. Cawangan terbaharu itu menandakan pembukaan ST Rosyam Mart yang kesembilan dan kedua di Kuala Lumpur, sekali gus merupakan cawangan yang menampilkan ‘Malaysian Selection’, sebuah ruang khas yang mempamerkan produk buatan Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho…










