IPOH: Sijil halal yang diperoleh Syarikat YBS Abrah Sdn. Bhd. menerusi produk sedia dimakan jenama Tumise bukan sahaja menjadi penanda aras kualiti, malah mengukuhkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama itu di pasaran. Pengarah Urusannya, Muhammad Syakir Abdullah berkata, pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diperoleh tahun lalu turut meningkatkan keyakinan syarikat untuk menembusi pasaran lebih besar. “Ketika memulakan perniagaan dengan menjual antara 500 hingga 1,000 peket sebulan, isu…










