PASARAN ruang kerja bersama di Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) melebihi 10 peratus, dengan potensi untuk mencecah nilai bilion ringgit menjelang 2030. Penganalisis ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, pertumbuhan ini dipacu oleh beberapa faktor utama termasuk permintaan terhadap kaedah kerja hibrid dan digital dan perkembangan ekosistem syarikat pemula yang semakin matang. Katanya, peningkatan pelaburan oleh syarikat berkaitan…










