Rexit cadang penubuhan LTIP dan tukar nama ke OpenMove AI - Utusan Malaysia

Rexit cadang penubuhan LTIP dan tukar nama ke OpenMove AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rexit Berhad mencadangkan cadangan penubuhan Pelan Insentif Jangka Panjang (LTIP) dan penukaran nama syarikat.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, LTIP yang dicadangkan merangkumi Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) dan Pelan Pemberian Saham (SGP), melibatkan sehingga 10 peratus daripada jumlah keseluruhan saham terbitan Rexit, tidak termasuk saham perbendaharaan, jika ada.

Selain itu, syarikat mencadangkan juga penukaran nama daripada Rexit Berhad kepada OpenMove AI Berhad.

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham dijadualkan pada 7 Januari 2026 di Hall 1, The Bousteador, Mutiara Damansara, di sini.

Pekeliling kepada pemegang saham saham tersebut keluarkan hari ini dengan UOB Kay Hian (M) Sdn Bhd bertindak sebagai penasihat utama bagi cadangan LTIP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN