PIC perkasa pendidikan berkualitik komuniti Pengerang

PIC perkasa pendidikan berkualiti komuniti Pengerang

AZNAN Tamin (tengah) merasmikan Pelancaran Program PLaN, sebuah inisiatif kerjasama strategik bagi memperkukuh asas literasi dan numerasi murid sekolah rendah di Pengerang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) melancarkan program PIC Literasi dan Numerasi (PLaN), sebagai usaha memperkasakan ilmu di kalangan anak-anak masyarakat setempat melalui pendekatan sistematik dalam penguasaan asas literasi dan numerasi.

PLaN adalah hasil kerjasama strategik antara Petronas Refinery and Petrochemical Corporation Sdn. Bhd. (PRPC) dan Pengerang Terminals (Two) Sdn. Bhd. (PT2SB). 

Program ini turut menerima sokongan daripada Majlis Perbandaran Pengerang melalui Yayasan Makmur Pengerang, yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan pendidikan di Pengerang.

Usaha bersama ini bukan sahaja akan memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan di peringkat akar umbi, malah turut menyokong aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, inklusif dan mampan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Tanjung Surat, Aznan Tamin merasmikan majlis pelancaran tersebut.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Zulkurnain Abdul Rahman dan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif PRPC, Kamal Bahrin Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif PT2SB, Aqeel Hussain.

Kamal Bahrin berkata, PRPC sedang menerajui inisiatif yang selaras dengan Agenda Kelestarian Petrons, khususnya melalui usaha yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan dan pembinaan modal insan di Pengerang.

“Program ini bukan sahaja menyokong pendidikan asas, tetapi juga membina modal insan muda yang berpotensi untuk menyokong keperluan tenaga kerja negara. 

“Ia merupakan usaha jangka panjang kami untuk memperkukuh tenaga kerja tempatan dan memastikan kesinambungan sumber manusia berkemahiran bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan keperluan industri masa depan,” katanya dalam kenyataan.

Program yang bermula sejak 2024 dan dijangka dilaksanakan sehingga 2026 itu dianggarkan memanfaatkan seramai 1,300 orang murid sekolah rendah daripada 10 buah sekolah di sekitar Pengerang.

Tambahnya, program itu adalah asil kerjasama erat dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Majlis Perbandaran Pengerang melalui Yayasan Makmur Pengerang, dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Selain itu, seramai 110 orang sukarelawan dari PIC turut terlibat memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan program ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN