PETALING JAYA: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) telah melantik Mazuki Abdullah @ Muhammad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan baharunya, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Dalam satu kenyataan hari ini, PHB berkata Mazuki akan menggantikan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai REksekutif semasa, Mohamad Damshal Awang Damit, yang akan bersara setelah kontraknya tamat pada 31 Disember.
Mazuki kini ketua bersama Permodalan Nasional Bhd bagi Bahagian Hartanah, di mana beliau menyelia portfolio hartanah domestik yang pelbagai dengan jumlah aset melebihi RM12 bilion.
Dengan lebih 25 tahun pengalaman merangkumi hartanah, strategi korporat dan pelaburan institusi, Mazuki berada pada kedudukan yang baik untuk memimpin PHB ke fasa pertumbuhan seterusnya, kata syarikat itu.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Kent, Canterbury, di United Kingdom.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Mohamad Damshal telah melaksanakan pemulihan yang meluas yang memperkukuhkan ketelitian operasi PHB, mempertingkatkan rangka kerja tadbir urusnya dengan ketara dan menerapkan budaya korporat yang lebih berdisiplin dan profesional, sambil memulihkan kekuatan kewangan kumpulan.
Sepanjang tempoh ini, PHB mencatatkan peningkatan dalam hasil dan keuntungan, di samping peningkatan tahap penghunian merentasi kebanyakan aset komersialnya. – UTUSAN










