Otafuku Sauce, Sushi King buka kilang baharu RM50 juta di Sendayan

Otafuku Sauce, Sushi King buka kilang baharu RM50 juta di Sendayan

NAOYOSHI SASAKI (enam dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Otafuku Sauce Malaysia, Takatomi Sasaki (tujuh dari kiri) serta Mr. Noriyuki Shikata (empat dari kiri) dalam Majlis perasmian Kilang baharu, Otafuku Sauce di Bandar Seri Sendayan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:Otafuku Sauce Malaysia Sdn. Bhd., sebuah usaha sama di antara Otafuku Sauce Co., Ltd. (Jepun) dan Sushi King Holdings Sdn. Bhd., merasmikan pembukaan pejabat dan kilang baharu bernilai RM50 juta di Sendayan TechValley, Negeri Sembilan.

Pelaburan meliputi pembinaan dan perluasan kilang baharu yang telah memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk memperkukuh pengeluaran dan pengedaran sos berkualiti tinggi di Malaysia.

Fasiliti yang telah mula beroperasi pada Julai 2025 ini, menandakan perkembangan penting dalam peluasan kapasiti syarikat untuk memenuhi permintaan masakan Jepun yang semakin meningkat di Malaysia serta pasaran esport di Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Otafuku Holdings Co., Ltd., Naoyoshi Sasaki berkata, sebagai pengeluar perasa Jepun, Otafuku Sauce Malaysia akan terus menghasilkan pelbagai jenis perasa halal di bawah kawalan kualiti yang ketat dengan menggunakan kepakaran dan resipi yang telah dibangunkan selama beberapa dekad.

“Sebagai hab Asia Tenggara bagi kumpulan Otafuku, kami menyasarkan untuk membekalkan produk halal yang selamat dan dipercayai oleh pasaran Muslim dan antarabangsa, di samping mempromosikan keunikan masakan Jepun seperti Okonomiyaki di persada dunia.

“Sebanyak 85 peratus hasil jualan Otafuku Sauce Malaysia merupakan pasaran tempatan manakala, selebihnya meliputi pasaran eksport ke Indonesia, Singapura, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Jepun dan lain-lain,” katanya dalam ucapan sempena perasmian Kilang baharu, Otafuku Sauce di Bandar Seri Sendayan hari ini.

Sasaki berkata, Indonesia kekal sebagai sasaran pasaran strategik utama pada masa hadapan.

“Syarikat merancang untuk memperluas ke pasaran Timur Tengah dan Eropah melalui penyertaan dalam pameran perdagangan serta pengukuhan strategi pemasaran digital dan e-dagang,” katanya.

Setakat ini, kapasiti pengeluaran sos adalah berjumlah 6,000,000 liter setahun dengan kapasiti keluasan tapak kilang berjumlah 9,066 meter persegi di Sendayan Techvalley, Bandar Seri Sendayan.

Kilang ini dilengkapi mesin pengisian separa automatik dan mesin pengsian pek kecil membolehkan kapasiti pengeluaran yang dianggarkan lapan kali ganda lebih tinggi daripada sebelum ini.

Kini, Otafuku Sauce Malaysia membekalkan halal seperti Otafuku Sauce Malaysia mengeluarkan lebih 100 produk halal termasuk sos Okonomi, perasa pedas seperti sos kimchi, perasa sos berasaskan soya seperti sos teriyaki serta produk berasaskan cuka seperti perasa nasi sushi.

Syarikat ini telah memperoleh pensijilan halal pertama pada Mac 2017 untuk 16 produk pemilikan dan pengilang reka bentuk asal (ODM) .

Otafuku Sauce juga sedang memperluas pengedarannya ke Jepun, negara-negara jiran serta pasaran muslim di Timur Tengah dan Eropah.

Sementara itu, Duta Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata berkata, peningkatan pelancong muslim ke Jepun turut mendorong permintaan terhadap produk serta restoran halal.

“Ini membuka peluang lebih besar bagi produk halal Malaysia menembusi pasaran Jepun, termasuk kerjasama dalam bidang masakan dan budaya kulinari.

“Malaysia kini mempunyai lebih 2,000 restoran Jepun dan pihaknya melihat potensi pengembangan yang lebih besar di negara ini.

“Pada masa sama, makanan Malaysia turut mempunyai peluang di Jepun, seperti kejayaan roti canai yang dinobatkan sebagai hidangan terbaik antara pavilion di Ekpo Osaka Kansai,” katanya.

Jelasnya, pelaburan Otafuku dan syarikat Jepun lain dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan melalui penciptaan pekerjaan, pengambilan tenaga kerja Malaysia serta pemindahan teknologi.

“Ramai pekerja tempatan turut diberi peluang menjalani latihan di Jepun sebagai sebahagian daripada kerjasama dua hala ini.

“Kami menyifatkan perkembangan ini sebagai satu bentuk perkongsian setara yang akan terus mengukuhkan hubungan ekonomi, khususnya dalam sektor makanan dan halal, antara kedua-dua negara,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN