Lebih 6,300 murid sekolah rendah sertai ‘Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025'

Lebih 6,300 murid sekolah rendah sertai ‘Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025′

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemakanan seimbang yang menjadi asas kepada perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak kini diangkat sebagai komponen strategik dalam pembangunan modal insan melalui inisiatif terbaharu Ayam Brand™.

Program Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025 menunjukkan bagaimana gabungan pemakanan sihat dan seni dapat meningkatkan kreativiti, tumpuan serta keyakinan diri murid, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang melalui generasi yang lebih sihat dan produktif.

Ketua Pemasaran, A Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd.,Teoh Wei Ling berkata, pemakanan yang baik bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan, malah turut memberi kesan ekonomi melalui peningkatan prestasi pembelajaran dan keupayaan daya fikir.

“Kanak-kanak sememangnya kuat berimaginasi. Apabila pemakanan yang baik digabungkan dengan seni, kita membantu mereka memahami bahawa gaya hidup sihat mencerminkan kreativiti, keyakinan dan ekspresi kendiri,” katanya dalam kenyataan.

Program tersebut dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Ayam Brand™, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Lebih 6,300 murid sekolah rendah daripada 30 sekolah terlibat dalam tiga komponen utama iaitu sesi ceramah pemakanan, pertandingan seni individu dan pertandingan mural antara sekolah.

Kerjasama ini memperkukuh peranan syarikat swasta dalam pembangunan sosial dan pendidikan, selaras dengan trend ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) yang semakin diberi perhatian oleh industri makanan dan FMCG.

Bagi sekolah, program ini berfungsi sebagai platform pembelajaran berasaskan pengalaman.

Bagi Ayam Brand™, ia memperlihatkan komitmen jenama dalam mempromosikan makanan berkhasiat dan bebas bahan pengawet, sambil memperkukuh hubungan dengan komuniti.

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung dari 24 hingga 26 November 2025 turut disertai wakil Jabatan Pendidikan Negeri, yang menekankan nilai program tersebut dalam meningkatkan keyakinan dan kreativiti murid.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muslim Mustafa berkata, inisiatif ini merupakan contoh pembelajaran melalui pengalaman yang amat baik.

“Ia menghubungkan seni dengan nutrisi dan nilai murni, serta memberi keyakinan kepada murid untuk mengekspresikan diri secara kreatif,” katanya.

Dengan pelaksanaan program ini, Ayam Brand™ terus mengukuhkan kedudukannya bukan sahaja sebagai pengeluar makanan berkualiti, tetapi juga sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan komuniti dan pendidikan, suatu pendekatan yang semakin menjadi keutamaan dalam ekonomi berasaskan impak sosial.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN