PRESTASI emas pada 2025 antara yang terkukuh dalam sejarah, meningkat lebih daripada 70 peratus setakat tahun ini dan menetapkan pelbagai rekod baharu apabila pelabur bertindak balas terhadap faktor risiko global dan dinamik makroekonomi. Lebih menarik, harga emas telah mencapai paras tertinggi rekod lebih daripada 50 kali tahun ini. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib berkata, di Malaysia, harga emas tempatan kini berada pada RM680 segram, meningkat daripada kira-kira…










