Enam panduan guna AI untuk kecilkan skop cari kerja

Enam panduan guna AI untuk kecilkan skop cari kerja

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM era digital hari ini, pencari kerja terutama graduan baharu sering berdepan satu masalah iaitu menghantar permohonan kerja secara rawak tanpa memahami kesesuaian jawatan dengan kemahiran me­reka.

Dengan perkembangan kecerdasan buatan (AI), proses pencarian kerja sebenarnya boleh dilakukan dengan lebih strategik melalui pemadanan yang lebih tepat.

AI bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu calon fokus kepada peluang yang realistik dan sepadan dengan keupayaan mereka.

Ringgit minggu ini berkongsi enam panduan bagaimana AI boleh digunakan untuk mengecilkan skop kerja dan meningkatkan peluang dipanggil temu duga.

Guna AI untuk kenal pasti kerja yang benar-benar sesuai

Ramai pencari kerja masih mengamalkan pendekatan ‘han­tar saja semua’.

AI boleh membantu mengenal pasti jawatan yang sepadan dengan kemahiran, pengalaman dan kelayakan anda.

Contohnya, anda boleh memasukkan senarai kemahiran ke dalam AI untuk menerima cadangan jawatan yang relevan sekali gus mengelakkan permohonan tidak berkaitan.

Manfaatkan fungsi carian pintar di portal mencari kerja

Platform seperti LinkedIn, Jobstreet dan Indeed kini menggunakan algoritma AI untuk memadankan calon dengan kerja yang relevan.

AI menganalisis profil anda berdasarkan kemahiran, tingkah laku carian, lokasi dan pengalaman, sebelum menyaring pilihan jawatan yang paling tepat.

Ini membantu mengurangkan permohonan sia-sia dan meningkatkan peluang dipanggil temu duga.

Periksa ‘job match score’ sebelum memohon

Sesetengah portal kerja menyediakan skor kesesuaian antara profil calon dan jawatan tertentu.

Dengan bantuan AI, anda boleh memahami mengapa skor anda rendah atau tinggi serta mengenal pasti kemahiran yang perlu dipertingkatkan.

Skor ini menjadi panduan untuk memilih permohonan yang benar-benar berpotensi berjaya.

AI bantu tapis calon sebelum resume sampai ke tangan manusia

Majikan kini menggunakan sistem penjejakan pemohon (ATS) berasaskan AI untuk menapis ratusan permohonan dalam masa singkat.

AI menilai kata kunci, pengalaman relevan dan keserasian calon dengan keperluan jawatan sebelum resume dibaca oleh sumber manusia (HR).

Hanya calon yang sepadan akan melepasi saringan awal, menjadikan setiap permohonan lebih bermakna jika skop anda tepat.

Minta AI tambah kata kunci penting dalam resume

Resume yang tidak mengandungi kata kunci tepat sering gagal melepasi saringan ATS.

AI boleh membantu menganalisis iklan jawatan dan mencadangkan kata kunci yang perlu ditambah dalam resume.

Ini meningkatkan peluang permohonan anda dipadankan dengan kehendak majikan.

Guna AI untuk bina senarai sasaran kerja 30 hari

Daripada memohon secara rawak, AI boleh membantu anda menyediakan senarai sasaran kerja bulanan berdasarkan industri, kekuatan dan pengalaman.

Senarai ini menjadikan proses pencarian kerja lebih terancang dan fokus, sekali gus mengurangkan tekanan dan meningkatkan produktiviti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN