PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 4.59 mata kepada 1,648.31 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,643.72 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,642.77.
Jumlah dagangan sebanyak RM2.55 bilion unit bernilai RM2.27 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 699 berbanding 407 dengan 520 kaunter tidak berubah dan 1,149 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura susut sebanyak 0.17 peratus atau 7.96 mata kepada 4,581.21 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks KOSPI Korea Selatan jatuh 91.46 mata atau 2.24 peratus kepada 3,999.13 dan Nikkei Jepun turun sebanyak 784.82 mata atau 1.56 peratus kepada 49,383.29. – UTUSAN










