AEON Bank tawar Pembiayaan Peribadi-i 

AEON Bank tawar Pembiayaan Peribadi-i 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islamik pertama di Malaysia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang mudah diakses menerusi Pembiayaan Peribadi-i (PF-i), demi membantu meringankan tekanan kewangan rakyat Malaysia yang mungkin berhadapan dengan komitmen kewangan yang agak mencabar.

Bermula Disember 2025 hingga Mac 2026, tempoh tersebut merangkumi pelbagai keperluan perbelanjaan yang berlaku serentak, lantas memerlukan fleksibiliti tunai tambahan. 

AEON Bank berkata, pihaknya menawarkan penyelesaian dalam bentuk Pembiayaan Peribadi-i (PF-i) yang direka khas untuk membantu para pelanggan meredakan kekangan bajet dengan bantuan kewangan yang beretika, mudah dan tanpa proses yang rumit, malah boleh diakses melalui aplikasi perbankan digital.

“Berlandaskan pendekatan Risk-Based Pricing, RBP (Penetapan Harga Berasaskan Risiko), kadar keuntungan PF-i ditentukan secara kompetitif dan disesuaikan mengikut profil kewangan pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

AEON Bank juga turut memastikan para pelanggan boleh memohon PF-i secara dalam talian, asalkan mereka warganegara Malaysia berusia 18 hingga 55 tahun dengan pendapatan kasar bulanan minimum RM2,500, sama ada mereka merupakan pekerja bergaji, bekerja sendiri, mahupun pekerja ekonomi gig.

PF-i merupakan fasiliti kewangan patuh Syariah, dengan amaun pembiayaan antara RM1,000 hingga RM100,000 dan tempoh pembayaran balik yang fleksibel antara tiga hingga 84 bulan, lantaran membolehkan pengurusan kewangan yang lebih terancang berdasarkan kemampuan pelanggan. 

Kadar Keuntungan Rata bermula pada kadar serendah 3.88 peratus setahun, dengan Fi Wakalah nominal RM1 apabila penerimaan pembiayaan disahkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN