Syarikat peringkat pertengahan catat jualan RM39.5 bilion pada 2024

Syarikat peringkat pertengahan catat jualan RM39.5 bilion pada 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat peringkat pertengahan (SPP) terus menyumbang kepada ekonomi negara apabila alumni Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (PPSPP) mencatatkan jualan tahunan RM39.5 bilion pada 2024, peningkatan 20 peratus berbanding 2023. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah tersebut, hampir 60 peratus adalah eksport, sekali gus membuktikan daya saing global SPP semakin kukuh. 

Katanya, dalam lanskap ekonomi global yang mencabar, daya tahan negara bergantung kepada ekosistem SPP yang menjadi tulang belakang industri negraa. 

“Walaupun mewakili hanya 1.0 peratus (11,235) daripada jumlah syarikat yang berdaftar, SPP telah menyumbang sebanyak 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023.

“Dalam membangunkan rantaian bekalan mantap, mewujudkan peluang pekerjaan terjamin, dan eksport berdaya saing, ternyata SPP bukan sekadar penyumbang, tetapi perisai ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif SPP 2025 di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.

Bercakap mengenai penjanaan pekerjaan daripada SPP, Tengku Zafrul berkata, sebanyak 6,408 peluang pekerjaan baharu diwujudkan pada 2024, naik 20 peratus berbanding 2023 (5,339). 

“Daripada jumlah ini, 68.5 peratus adalah jawatan berkemahiran tinggi, manakala selebihnya merupakan jawatan separa mahir.  Ini menunjukkan peralihan industri ke arah aktiviti bernilai tambah tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, lebih 11,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah diintegrasi ke dalam rantaian bekalan eksport SPP setakat tahun lalu, melibatkan peningkatan 10 peratus tahun-ke-tahun.

Beliau berkata, ini menggambarkan kesan berganda kejayaan SPP dalam memperkasa PMKS untuk menembusi pasaran antarabangsa, dan menyertai ekosistem perdagangan global. 

“Pada 2024, alumni PPSPP berjaya menembusi 115 pasaran antarabangsa baharu, peningkatan 49 peratus tahun-ke-tahun. 

“Selain ASEAN dan Asia, SPP turut memasuki pasaran Asia Barat (Qatar), Afrika (Gabon dan Nigeria) dan Eropah (Romania dan Italy). Ini membuktikan kesiapsiagaan SPP Malaysia di pentas global,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN