PETALING JAYA: Proton melancarkan Program Bantuan Banjir 2025, satu inisiatif di seluruh negara bagi membantu pemilik kenderaan yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
Program itu berlangsung dari 26 November 2025 hingga 31 Mei 2026 dan ditawarkan di semua Pusat Servis serta cawangan B&P (Body & Paint) Proton.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, kereta rosak akibat banjir memang menjejaskan rutin hariandan ramai pemilik perlukan bantuan cepat yang mereka boleh percayai.
“Program Bantuan Banjir 2025 ini ditawarkan untuk membantu meringankan kos dan memastikan pelanggan menerima sokongan yang tepat agar kenderaan mereka dapat dibaiki dengan jelas dan teratur sepanjang musim monsun ini,” katanya dalam kenyataan.
Di bawah program ini, pelanggan yang dilindungi oleh Proton Insurance Programme (PIP) layak menerima diskaun 50 peratus untuk alat ganti terpilih bagi model Persona, Iriz, Exora dan Saga (PIES), alat ganti terpilih bagi model X dan S70 (diskaun 25 peratus) serta bagi semua model (diskaun 25 peratus)
Bagi pelanggan tanpa PIP turut menikmati diskaun 30 peratus untuk alat ganti terpilih bagi model PIES, alat ganti terpilih bagi model X dan S70 (diskaun 15 peratus) dan upah bagi semua model (diskaun 25 peratus).
Pemilik kenderaan yang terjejas digalakkan untuk mengunjungi pusat servis Proton yang terdekat apabila keadaan sudah selamat. Juruteknik terlatih akan menjalankan pemeriksaan dan mencadangkan kerja pembaikan berdasarkan struktur program ini.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Proton di 1 800 88 8398.-UTUSAN










